DANAU DAUN CHALET, JANDA BAIK, DESTINASI PERCUTIAN SEMPURNA BUAT KELUARGA

Assalamualaikum,

Danau Daun Chalet, Janda Baik menjadi pilihan lokasi percutian keluarga saya kali ini. Puas saya browse through internet, cari lokasi percutian yang sesuai untuk keluarga, preferably ada private swimming pool, ada beberapa bilik dan ada BBQ pit. Ada beberapa option sekitar Negeri Sembilan, Melaka dan Perak tapi saya lagi tertarik dengan Danau Daun Chalet di Janda Baik.

Janda Baik terletak tidak jauh dari bandaraya Kuala Lumpur. Dalam 40 min shj. Dari rumah kami di Subang, hanya ambil masa selama 1 jam 20 min shj. Sis sangat teruja uolss! Btw, sebelum tu, segala urusan penempahan dibuat terus melalui email Danau Daun Chalet (tak boleh book di Booking.com, etc), hanya email shj. Fast reply guaranteed!

Antara beberapa sebab Hillside Cottage, Danau Daun Chalet menjadi pilihan saya adalah:

i. Chalet dengan 3 bilik & 3 bilik air (Can accomodate up to 10 pax!)
ii. BBQ pit disediakan berserta attached private pool yang agak besar
iii. Pemilik chalet ini adalah orang Melayu, asalnya dari Kelantan
iv. Review dari pengunjung yang pernah berkunjung ke sana.
v. Harga yang berpatutan jika dibandingkan dengan chalet2 yang lain.

Selain Hillside Cottage, Danau Daun ada juga menyediakan beberapa jenis chalet lain yang lebih murah. Hillside Cottage lebih besar dan mahal berbanding dengan yang lain. Boleh rujuk harga chalet2 yang lain di laman web Danau Daun Chalet.

*************************************************

Di Hillside Cottage, parking lot di hadapan chalet boleh memuatkan 3 buah kereta. Di sebelah kanan chalet ada area untuk BBQ dan berbumbung. So kalau hujan pun tak perlu risau. Masih boleh berBBQ macam biasa :) Selain Hillside Cottage, chalet berdekatan adalah Danau Daun Cottage. 


Hillside Cottage ni ada 2 tingkat macam tu laaa. Macam penthouse pun ya. 2 bilik & 2 bilik air di ruang atas. Lagi 1 bilik + bilik air di ruang bawah. 
Bilik utama berserta attached bathroom/View hutan + swimming pool (Upper deck)

Bilik kedua, bathroom bersebelahan bilik /View swimming pool (Upper deck)

Bilik ketiga,bathroom bersebelahan bilik/View hutan (Lower deck)



Ruang tamu dan ruang makan. Kat sini tak boleh masak. Beberapa peralatan dapur telah disediakan seperti kettle, pinggan, mangkuk, cawan, sudu, Nescafe 3 in 1, microwave, penyapu & penyodok sampah & sabun basuh pinggan. 

Private swimming pool dengan kedalaman 1.2 meter. 

BBQ area berbumbung. Steel net kalau tanak bawak dari rumah, boleh beli masa check-in, RM5/piece. Hanya perlu bawa arang & peralatan BBQ shj. 


Danau Daun Chalet juga ada kafe sendiri tau iaitu Kopi & Kraf. Terletak lebih kurang 500 meter dari Hillside Cottage. Dibuka seawal jam 8.00 pagi. Makanan semua sedap2 dan harga pun murah! :)

Kopi & Kraf. 
Bagi yang menginap selain di Hillside Cottage & Danau Daun Cottage, akan menginap di chalet2 lain berdekatan Kopi & Kraf ni. 

 ******************************************

Oh ya, selain yang di atas, mosquito repellent, iron & iron board  serta tuala setiap seorang juga disediakan. This chalet can accommodate for 6 pax. Maximum pax allowed is 10 pax (with additional charges). Extra bed, pillow, bed-sheet & comforter are provided :)

So, berapa rate per night untuk Hillside Cottage ni?

RM1,200/night (Weekend rate) - For 6 pax 
*No breakfast

Family saya tinggal 2 malam with additional 3 pax so total cost is RM2,550.
50% deposit is required during reservation via email.


Last but not least, Happy 28th Anniversary to my mom & dad. Wish your marriage last till Jannah. Ameen. We love both of you!


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

TRIP TO KRABI VIA TRAIN

BEST KE SUNGAI CHILLING?