TIPS & TRIP TO BORACAY ISLAND, PHILIPPINES

"Buku merah jangan lupa bawa, moga-moga belum tamat tempoh. Kali ini kita pergi lama, pergi lebih jauh"

Tade la jauh mana pun sebenarnya. 4 jam je Air Asia flight dari klia2 ke Kalibo Airport.
So kali ni aku nak share tips dan trip ke Boracay, Philippines ni. Sebenarnya tak pernah terfikir pun nak ke Boracay ni. Sebab aku ni bukan suka sangat dengan pantai dan laut ni. My husband pun kerjanya kat laut, jadinya dia pun dah bosan. Tapi lepas survey dan mengambil kira segala kos, akhirnya kami decide jugak nak ke Boracay.

TRANSPORTATION

1. Air Asia flight ke Kalibo Airport mengambil masa selama 4 jam. Flight ke Kalibo biasanya pukul 10.30 pagi dari Klia2. Kalibo Airport is the nearest airport to get to Boracay Island. Aku perasan ada Caticlan Airport tapi mungkin untuk flight kecil. Not so sure.

2. Setibanya kami di Kalibo Airport around 2.30 pm, kami terus ke kaunter Southwest Tour (sebelah kanan selepas keluar pintu Ketibaan). Kat situ staff Southwest akan tunggu kita dan penumpang yang lain. Register nama anda dan mereka akan bagi sticker nama hotel/resort. Since kami book pakej "Round Trip - Door-to-Door" so tak payah pening-pening nak fikir macam mana nak sampai hotel.
  • Penumpang akan menaiki bas yang disediakan terus ke Caticlan Jetty. Perjalanan megambil masa selama 2 jam. Bas akan berhenti di satu perhentian. Boleh pegi toilet, beli simcard, beli jajan. 
  • Pihak Southwest dah uruskan boat transfer untuk ke Cagban Port, so tak perlu bayar apa-apa di jeti ini. Follow instruction staff kat situ. Kat mana-mana pun memang ramai staff Southwest (berbaju oren), so tak perlu risau. 
  • Setibanya di Cagban Port, staff Southwest akan uruskan van untuk hantar penumpang yang book pakej Door-To-Door service ni. Follow je staff Southwest ni. Mereka akan hantar sampai depan pintu bilik :)
Tips: Southwest Tours menyediakan perkhidmatan pengangkutan dari airport sampai ke hotel. Boleh book pakej tersebut melalui website Southwest Tours Boracay. Once dah book, Southwest akan hantar quotation to email untuk buat pembayaran. Pembayaran boleh buat melalui MoneyGram (money transfer) di Maybank, etc. Simpan bukti pembayaran dan e-mail salinan kepada pihak Southwest.


PENGINAPAN

Untuk penginapan, aku sarankan korang survey guesthouse/hotel/hostel dekat White Beach. Kat White Beach ni ada 3 Station. Station 1, Station 2 & Station 3. Since aku dan husband dah berjalan kaki dari Station 1 sampai Station 3, rasanya mana-mana Station pun happening je. Cumanya Station 2 mungkin lebih happening sebab dekat dengan D'Mall manakala Station 3 pulak dekat dengan D'Talipapa. Macam-macam aktiviti ada kat sini. Dari pagi sampai ke malam happening je.

Since kami stay kat Levantin Boracay di Bulabog Beach, kami terpaksa berjalan kaki lebih kurang 2 km dari Levantin ke Station 3 setiap hari memandangkan aktiviti kami banyak buat di Station 3. Kalau dah tak larat sangat, kami akan naik tricycle yang bersepah kat tepi jalan tu.
  • Tricycle dari Levantin ke Station 3 (Beachside) - 75 peso
  • Tricycle dari D'Mall ke Station 3 - 60 peso


Levantin Boracay di Bulabog Beach. Hanya beberapa tapak saja ke pantai dan angin agak kuat so memang best. Sini tade crowd sangat dan tak bising mcm di White Beach. Sesuai untuk nak honeymoon mcm kami. Hehe. Waktu pagi akan ada aktiviti Kite Surfing. 


AKTIVITI

Aktiviti pantai di Pulau Boracay sangat banyak. Aktiviti-aktiviti kat sini korang boleh survey dekat sepanjang pantai dari Station 1 hingga Station 3. Memang ramai agen-agen yang akan offer korang aktiviti-aktiviti. Since kami pegi honeymoon, kami tanak pening-pening kepala. So hasil pembacaan kami di blog-blog, akhirnya kami decide untuk contact orang local kat sana, Rizan Nogales.

So apa yang kami buat:
  • E-mail kat Rizan and bagitau intention kita untuk book service dia untuk guide kita di Boracay. Provide segala info i.e berapa lama pegi sana, berapa orang, stay mana, etc. 
  • Then, Rizan akan email senarai aktiviti yang boleh dibuat di Boracay berserta bayaran yang dikenakan. 
  • So, aku decide apa aktiviti yang aku nak buat. 
  • Rizan akan arrange dan advice itinerary based on activities yang kita dah select tadi. Senang bukan?
  • Bayaran? Bayar sebelum buat aktiviti kat sana. Rizan akan collect payment setiap kali sebelum buat aktiviti. 

Bergambar kenangan dengan Rizan Nogales. 
Boleh contact Rizan through Whatsapp dan email
Whatsapp : +63 921 738 4089
Email : rizan0104@hotmail.com

Antara aktiviti yang kami buat adalah:
  • Zipline & Cable Car - RM86/pax (1,000 peso/pax)
  • ATV Ride to Mount Luho - RM65/pax (750 peso/pax)
  • Island Hopping - RM81/pax (940 peso/pax) * Termasuk environmental & terminal fee
  • Sunset Sailing - RM25/pax (300 peso/pax)
  • Helmet Diving - RM70/pax (800 peso/pax)
  • Parasailing - RM112/pax (1,300 peso/pax)


Zipline & Cable Car. Gambar waktu buat zipline tade sebab record video. 




ATV ride to Mount Luho




 


Island hopping (Snorkeling, Crystal Cove Island, Puka Beach, etc). Lunch is served. 
Mereka ada sediakan buah-buahan dan ikan bakar. Kami makan nasi dan ikan bakar dan buah saja.




Sunset sailing at Station 3, White Beach



Helmet diving. Best sangat! Wajib buat bila datang Boracay.



Parasailing!


Jadinya cost per person untuk aktiviti-aktiviti di atas adalah RM440/pax. Murah kan!? Ada lagi aktiviti yang lain seperti The Zorb, Kite Surfing, Clift Jump, Jet Ski tapi kami tak berani nak try atas faktor kesihatan dan keselamatan leher aku ni. Hahaha. 

Oh ya, antara aktiviti lain boleh buat adalah Sunrise view di Bulabog Beach seawal jam 5.30 pagi dan Sunset view di White Beach pada pukul 5.30 petang. 



Time ni lepak-lepak je tepi pantai tunggu sunset 😍


AIRPORT TAX

Jangan lupa untuk asingkan duit untuk airport tax 700 peso/pax. Tax ni perlu dibayar semasa di airport bila nak balik ke KL nanti. 


MAKANAN HALAL

Frankly speaking, memang payah giloss nak cari makanan halal kat Boracay. So, sila angkut makanan-makanan dari Malaysia seperti beras, makanan dalam tin Adabi ke, Brahims ke, Yeos ke, bawak roti banyak-banyak untuk bekal sepanjang buat aktiviti nanti, bawak botol air (boleh refill di hotel), bawak thermos, periuk nasi/electric lunch box. Kat Boracay, kami makan kat kedai Arab yang terletak di D'Mall. Hari-hari lain masak di bilik saja. Setakat nak beli jagung, ice blended mangga dan ice blended kelapa (buko), kerepek pisang, tade masalah. Jagung rebus, ice blended mangga dan ice blended kelapa WAJIB CUBA okay! 



 

Dari atas, kiri ; Jagung rebus sedap, kerepek pisang sira, ice blended kelapa (yang ni terbaik, kat D'Talipapa), nasi arab kat D'Mall (price range dalam RM50/2 orang), jus mangga & jus avocado dari Jonah's di Station 1 (roadside) dan Wet Market (jual seafood. Boleh beli udang, letak dalam maggie. Giteww)


LAIN-LAIN
  • Period paling best nak pegi Boracay adalah pada bulan Nov - May. Time ni adalah dry season/peak season. June - October pulak adalah rainy season/low season. So, during peak season, expect more tourist from Korea. Memang ramai sangat tourists from Korea! Rasa macam duk Korea pulak. Hehe. 
  • Boleh beli simcard Globe sebab senang nak contact dengan Rizan nanti. Untuk 3 hari pertama kat sana memang coverage macam pontianak! Bila hari ke-4 berdesup laju, 4G, full coverage. Sabar je la. Heeee. 
  • Bawak shades dan topi. Kalau tade pun, boleh beli kat sana. Bersepah orang jual sepanjang pantai tu.

  • Bawak selfie stick atau GoPro. Rugi kalau tak bawak. Kat sana tade restriction nak guna bila-bila, tapi atas risiko sendiri. 
  • Kat Boracay banyak anjing. So memang annoying sket. 
  • Anda akan disapa dan ditawarkan macam-macam oleh jurujual sepanjang pantai tu, Kalau tanak beli, tolak dengan sopan dan secara baik. 
  • Waktu Boracay dan Malaysia sama je. Cuma malam dan siang kat Boracay lebih awal macam kat Sabah & Sarawak. 
Setakat ini, itu saja yang terlintas di fikiran. 
Enjoy your trip to Boracay! Mabuhay Boracay! 






Comments

Popular posts from this blog

TRIP TO KRABI VIA TRAIN

BEST KE SUNGAI CHILLING?