TEMPAT BEST CAMERON HIGHLANDS

Hi guys!
Happy New Year! 

Fuh. Baru sempat nak hadap laptop, update blog. Been busy with my wedding preparation! Teheeeee :D

Well, aku nak jugak update pasal Cameron Highlands ni sebab tak banyak blog yang review pasal Cameron Highlands. Walaupun kau boleh main terjah jeeee Cameron tu, tapi tak sama beb kalau kau dah tau mana nak pi. Heeee. So kali ni, I nak bawak uolsss menjelajah Cameron bermula/naik dari Tapah dan turun ikut Simpang Pulai atau sebaliknya laaaa. Sepanjang perjalanan tu, aku akan recommend tempat mana korang patut berhenti tanpa perlu berpatah balik macam orang tade arah tujuan :P

So, perjalanan dimulakan dengan masuk Exit Tapah. Walaupun jalan Tapah penuh liku, tapi lagi better naik ikut Tapah dari turun ikut Tapah. Aku pernah ada pengalaman muntah beb lepas turun Tapah. Kami pergi bercuti ke Cameron bulan Disember. Alhamdulillah belum ada news lagi pasal tanah runtuh ke, banjir ke. Even 1st day kami sampai pun hari terang penuh ceria. Alhamdulillah.

1. BHARAT TEA PLANTATION @ RINGLET
Perhentian pertama kami adalah di Bharat Tea Plantation. Kalau weekend biasa penuh tempat ni. Tapi kalau setakat nak berhenti minum2, makan scones seketul dua boleh la. Best kat Bharat Tea ni boleh turun jalan2 dlm plantation dia. Tak macam kat BOH Tea Plantation, payah nak turun. So kalau korang nak amik gambar dlm tea plantation ni, berhenti kat Bharat Tea Plantation. 





2. MARDI AGRO PARK @ TANAH RATA
Since lambat lagi nak check-in, kami pi MARDI Agro Park. Tempat ni wajib singgah okay! Ada banyak gerai-gerai, kebun sayur, kebun bunga, kebun rempah ratus, taman bunga. Kalau suka bergambar disinilah tempatnya! Tak banyak gambar sis kat sini sebab masa tu handphone buat hal. Memory asyik penuh je. Menyampah! Btw, kalau singgah sini, wajib try ais krim strawberi ni! Sedappppppppppp!



3. CHECK-IN - CROWN IMPERIAL COURT APARTMENT @ BRINCHANG
Bila dah penat berjalan, kami check-in tepat pukul 2pm. Crown Imperial Court Apartment ni terletak di Brinchang. The reason why aku pilih apartment ni adalah sebab dekat dengan kedai makan, pasar malam dan pasar pagi. Tak yah pening nak cari parking. Nak diingatkan bahawa weekend je memang jalan akan jadi sesak yang amat. So sape yang nk stay dekat Brinchang, boleh consider apartment ni. Jalan kaki dalam 10 minit je ke pasar malam/pasar pagi. Okay laa duduk apartment ni bagi yang muda-muda. Bagi yang tua, kalau nak berjalan tu mungkin agak terbatas sikit sebab apartment ni atas bukit. Semput jugak aku yang atlit ni. Kihkih. Cuaca bulan Disember boleh tahan sejuk. Waktu malam lebih kurang 16͒ degree celcius. 1 apartment boleh muat 10 pax. Quite spacious and clean. Tiada kipas (no problem sebab dah sejuk). Paling sadis bilik air bilik kami tade heater! T_T Dah rasa macam buat ice bucket challenge setiap hari. Satu lagi aku tak berapa gemar pasal apartment ni adalah parking yang terhad. Kalau dtg dua kereta, hanya 1 kereta boleh parking dalam kawasan apartment. 1 lagi kena parking kat luar. Lepas tu setiap parking lot kena block dengan rantai besi tu. So setiap kali keluar kau kena tarik rantai besi tu untuk lock parking kau. Leceh nau!

Crown Imperial Court Apartment - Boleh buat booking di Booking.com


4. THE BIG RED STRAWBERRY FARM @ BRINCHANG
Esoknya sambung perjalanan ke The Big Red Strawberry Farm. Yang ini pun antara tempat best yang wajib pergi. Banyak sangat kedai makan yang best-best. Kalau musim cuti sekolah memang panjang berjela queue nak beli makanan. Sabar je laaa. The Big Red Strawberry Farm ni dekat sangat dengan apartment tu tapi kena naik kereta laaaa sebab nak menapak sampai atas tu jenuh jugak. Farm ni agak tinggi di atas bukit dan jauh sikit dari jalan besar. Tapi no worries parking banyak dan kena menapak jugak. Well,kat sini pun gambar tak banyak sebab time ni hujan lebat dan orang ramai so aku pun dah tade mood nak bergambar.

Pic credit to Google


5.CACTUS VALLEY @ BRINCHANG
On the way kau nak ke The Big Strawberry Farm ni, kau akan lalu depan Cactus Valley ni. So either kau nk naik atas dulu and singgah Cactus Valley kemudian or vice versa, up to you. Cactus Valley ni jual pelbagai jenis cactus. Kami tak singgah sebab time ni hujan dah lebat dan ayah aku pun tak sihat sangat. Dia dah kalut nak balik sebab tak sedap badan :( So boleh dikatakan hari kedua kami banyak habiskan masa di Brinchang disebabkan cuaca tak mengizinkan. 


Both pic credit to Google.

6. NIGHT MARKET @ BRINCHANG
Aku paling suka pi Cameron sebab night market dia. Makanan, buah-buahan semua fresh-fresh. Pasar malam biasanya hari Sabtu dan Ahad. Tapi hari lain-lain pun ada juga cuma tak semua gerai dibuka. Masa kami pergi, tengah hujan renyai-renyai tapi ku redah jua. 


Pic from Google 


Kalau pi Night Market, cari uncle ni. Dia jual madu asli. Terbaik punya! Beli yang dalam sarang tu. Adik aku boleh habiskan 3 botol madu dalam masa 2 malam T_T Dekat pasar pagi pun ada uncle ni. 


7. KEA FARM @ TRINGKAP
Esoknya lepas check out, kami meneruskan perjalanan ke Tringkap. Sepanjang perjalanan tu boleh jumpa Kea Farm. Kea Farm ni gerai-gerai souvenir. Kami tak singgah pun sebab kete banyak sangat dan tengah hujan. Landmark untuk ke Kea Farm ni adalah berdekatan Equitorial Hotel. 

8. BOH TEA PLANTATION @ TRINGKAP
Disebabkan kami tak singgah Kea Farm, kami meneruskan perjalanan ke Boh Tea Plantation. Ni pun antara tempat wajib singgah di Cameron Highlands. Jalan menuju masuk ke Boh Tea Plantation ni agak mencabar dan merbahaya. Sepanjang perjalanan tu, subhanallah cantik sangat! Macam biasa, sepanjang hari ke-2 dan ke-3 di Cameron ni memang hujan tak henti-henti. Kami gigihkan jugak masuk sini sebab nak bergambar. Berlecak habis kasut aku! Kat sini boleh berhenti makan-makan dan minum tea sambil menikmati pemandangan indah tea plantation ni. Masa kami sampai orang ramai sangat sudahnya kami bergambar sekeping dua dan balik!



Masa ni nak amik gambar pun tade mood dah sebab baju dah basah, kasut dah lencun, perut dah lapar :'D


9. CAMERON LAVENDER GARDEN @ TRINGKAP
And lassttttttt but not least, also a must visit place in Cameron Highlands, Cameron Lavender Garden. Kat sini parents dan adik-adik aku je turun sebab orang ramai sangat, parking pun tade. So aku tunggu je dalam kereta. Aku dah pernah datang sini so dah tak heran sangat. Hehe. Kat sini banyak barang2 dari lavender, ada taman yang comel-comel, taman bunga yang indah-indah, kedai souvenir. Kalau datang musim cuti sekolah, sadakallahula'zim la jawabnya. Aku memang tak gemar sangat datang tempat-tempat macam ni musim cuti sekolah tapi layankan aje mak aku sorang tu. Hehe. 




All pic above credit to Google and other bloggers :)



TAPAH > BHARAT TEA PLANTATION > MARDI AGRO PARK > THE BIG RED STRAWBERRY FARM > CACTUS VALLEY > NIGHT MARKET > KEA FARM > BOH TEA PLANTATION > LAVENDER GARDEN > EXIT TO SIMPANG PULAI

So, tamatlah perjalanan kita ke Cameron Highlands. Time turun ni kami lalu Simpang Pulai. On the way turun ada 1 lorong jalan kena tutup sebab air turun dari bukit macam air terjun. Dan dengar cite time tu jugak jalan sebelah Tapah sana ada pokok tumbang dan ada tanah runtuh. Wallahualam. 
So aku nasihatkan, kalau betul-betul nak enjoy lepak kat Cameron, pegi lah waktu weekdays atau weekend yang bukan musim cuti sekolah atau long weekend. 

Bulan May nanti aku akan ke Boracay, Philippine. Aku akan blog pasal Boracay pulak lepas ni. 
Oh. Doakan sis bakal berkahwin tak lama lagi. Menghitung hari dah ni. Okay sekian! 

Anda mungkin berminat dengan:









Comments

Popular posts from this blog

TRIP TO KRABI VIA TRAIN

BEST KE SUNGAI CHILLING?