Al-Fatihah, Radzuan Hashim Rahiman

Assalamualaikum,

Al-Fatihah buat sahabat dan abang yang paling aku sayang.

16 Jan 2016, time tu aku tengah drive kereta, aku dapat mesej Whatsapp dari member aku.

"Babe, betul ke Radz dah tade?"

Bayangkan time tu aku tengah drive, terkejut bukan kepalang. Baru semalam Radz mesej aku. Time tu aku kat ofis. Dia forward mesej pasal kejadian bom di Jakarta. Aku balas 2 kali je, mesej terakhir dia aku dah tak balas sebab aku tengah sibuk buat keje. Bila sampai rumah, aku dah teringat beberapa kali nak mesej Radz, nak borak-borak sebab dah hujung minggu, nak cerita yang aku dah nak kahwin. Memang aku nak cerita kat Radz, tapi sampai sudah aku tak mesej.

Tak mungkin. Baru semalam dia mesej aku. Cepat-cepat aku mesej adik ipar Radz. Zehan cakap ya, Radz dah meninggal dunia. Menggigil satu badan aku, tak terasa berpijak di lantai. Aku flashback balik saat2 aku kenal Radz, mesej2 dia, moment2 kami. Aku tak tahu nak menangis ke nak rasa apa at that moment. Aku settlekan semua cepat-cepat and remain calm. Aku kena tabah. Aku kena terima hakikat tapi dalam masa yang sama aku harap ianya prank dan tidak benar.

Aku balik rumah, cepat-cepat aku solat dan salin baju. Adik ipar dia kata lepas Asar baru kebumi. Time tu dah pukul 3.30 macam tu. Aku berdoa dengan Tuhan, aku nak tatap wajah arwah buat kali terakhir. Aku pecut laju menuju ke Taman Melawati. Time tu hujan renyai-renyai. Aku menangis sepuas hati. Cepat sangat Radz pergi.

Setibanya aku di perkarangan masjid, aku cari parents aku. Mak aku suruh aku masuk satu bilik ni. Aku nampak Uncle Rahiman, aku nampak adik dan kakak Radz. Semua menangis teresak-esak. Aku pandang sekujur tubur berbalut kain kapan. Aku tatap wajah Radz. Allahu Rabbi. Aku memang tak kuat. Aku menangis semahunya. Aku peluk Kak Regina, aku peluk ibu Radz, Aunty Rahmah. Selang beberapa minit mereka menutup sepenuhnya muka arwah.

*********************************************************************************

Dah lama aku kenal arwah. Dia baik, jujur, suka tolong orang, dia hidup dengan apa yang dia ada, dia tak pernah meminta-minta. Aku ni jenis susah nak luah perasaan, masalah hidup aku kat sape-sape. Aku banyak pendam semua masalah aku. Tapi lepas aku jumpa Radz, aku banyak luah perasaan kat dia. Since dia tua dari aku, dia matang dalam segala hal. Dia layankan aje bebelan aku, mesej aku yang berjela, tak pernah dia layan aku acuh tak acuh, kadang-kadang dia punya emo tu mengalahkan aku (ni masalah aku ke, masalah dia). Bayangkan tempat aku meluah perasaan dah tade skrg? T_T

Selepas kami "berpisah", aku masih anggap Radz kawan baik aku. Aku tahu semua masalah dia. Aku selalu pesan rezeki kita tak sama. Aku cakap kat dia jangan give up. Everything happened for a reason. Aku jadi patah hati bila aku tak dapat tolong dia. Walaupun kami dah broke off, aku tetap berhubung dengan dia kalau itulah satu-satunya cara untuk dia rasa bersemangat (and I'm glad I did that till his last breath). Aku tahu dia struggle dengan asthma dia yang makin hari makin teruk. Dia selalu call aku tapi aku hanya dengar nafas dia saja. Nak bercakap pun susah dlm keadaan dia macam tu.

Radz orang yang pertama bawak aku makan Subway. Aku suka sangat cookies Subway sampai dia belanja 12 keping cookies Subway untuk aku. Radz ajar aku untuk berfikir lebih rasional, Radz buktikan the true love does exist, Radz akan buat apa saja untuk jumpa aku, dia sanggup drive smpai Sepang semata-mata nak bawak aku pegi lunch.

Last December, dia kerap mesej aku. Setiap pagi dia mesej aku, mendoakan aku, meluahkan perasaan dia. Sampai dia pernah cakap. bila aku dah kahwin nanti, aku takkan jumpa dia lagi buat selama-lamanya. Now, it makes sense :(

*********************************************************************************

Dah hampir sebulan Radz pergi menghadap Illahi. Semoga awak tenang di sana. Awak rehat ye. Dah tak payah fikir pasal bos awak yang susah nak bagi cuti, tak payah fikir pasal kenapa jodoh awak belum smpai, awak rehat je. Al-Fatihah :")


Comments

Popular posts from this blog

TRIP TO KRABI VIA TRAIN

BEST KE SUNGAI CHILLING?