BEST KE SUNGAI CHILLING?

Assalamualaikum.


Sebenarnya aku malas nak share pasal Sungai Chilling ni. Dah berbulan-bulan aku pi sana baru sekarang aku nak review. Perlu ke review Sungai Chilling? Hm. Perlu kot. 

Sungai Chilling ni terletak di Kuala Kubu Baru. So agak jauh jugak dari rumah aku. Kami gerak agak lewat jugak sebab time tu jugak baru nak terkial-kial cari kasut getah tu, last-last tak jumpa pun. So, pukul 10 baru kami gerak dari Subang. Dari Subang ke Sungai Chilling lebih kurang 1 jam lebih. 

Sampai Sungai Chilling dalam pukul 11.15 macam tu. Kami memang plan nak meredah hutan dan sungai, so kami bawak backpack dan pakai kasut. 


Entrance fee untuk masuk Sungai Chilling RM1/pax je. Nak ke entrance tu kena menapak jugak.



Lepas dah bayar entrance fee, kami kena declare barang pulak sebelum start trekking. Nasib baik makanan yang kitorang bawak dah siap pack dalam tupperwear. Leceh jugak nak declare barang ni sebab kau kena kira satu persatu plastik, sudu plastik, plastik sampah, plastik Snickers, Mamee, plastik gula-gula, pinggan polisterine (segala jenis barang yang boleh dibuang) kau kena kira dan dia akan tulis. Time tu kau kena bayar deposit. Mulanya kami kena RM150 kalau tak silap, tapi dia amik deposit RM100. Deposit akan dipulangkan semula bila kau keluar nanti, tapi segala jenis sampah yang kau bawak masuk tadi kena cukup la. Kalau kau bawak masuk sudu plastik 10, keluar nanti kena kira depan dia cukup 10. So, senang cite, TAK PAYAH DECLARE barang kau, bawak sudu besi, pack makanan dalam tupperwear dan JANGAN BUANG SAMPAH MERATA-RATA!

So, lepas bayar deposit, kami meneruskan perjalanan kami. Aku dah mula rasa teruja sebab dah lama tak buat aktiviti macam ni. Aku sarankan janganlah duk pakai kasut Nike kau yang beratus-ratus tu. Jangan pakai selipar. Cari kasut getah yang warna hitam tu. Murah je, aku ada jumpa dalam RM8 sepasang. 

Note: Kalau tanak masuk dalam, boleh picnic kat luar je. Kebanyakan family yang ada anak kecil picnic sekitar entrance tu je. Kat situ jugak ada base camp. Boleh camping. Boleh bbq kat luar tu. Kalau masuk dalam tak boleh bbq.  



Keadaan laluan untuk sepanjang perjalanan.

Yang paling best sekali, kau kena rentas 6 atau 7 batang anak sungai untuk sampai ke air terjun yang tinggi tu. Setiap lintasan ada paras air yang berbeza.


\

Ni antara lintasan anak sungai yang kami kena lalu. Ada paras paha, ada paras betis, ada jugak paras pinggang. 



Scenery sepanjang perjalanan sangat-sangat memuaskan. Subhanallah. Keadaan sekeliling sangat bersih. 1 sampah pun tade. Sepanjang laluan aku tak jumpa pun tong sampah, so aku assume memang dorang tak sediakan tong sampah.



 Lepas Lintarasan 6, kami berhenti rehat sat. Time-time ni jugak kasut aku hancur T__T. Nasib baik time ni aku bawak selipar dalam beg. Kami meneruskan perjalanan sampai ke air terjun tinggi tu.



Time ni orang ramai sangat. Sangat ramai sampai aku tak pi jejak pun kaki dalam air depan tu. Dah macam ada pesta pulak. Last-last kami stop amik gambar je, pastu blah. Kami turun balik cari port untuk letak barang dan mandi. Aku memang tak suka sangat pegi tempat-tempat macam ni time weekend. Macam ni la jadinya.



Dapat jugak kami cari port baik punya! Kami makan S'mores tepi air terjun kot! Thanks Intan bawak nasi impit dengan rendang kerang. Terbaik!! Tempat mandi kami pun best! Air paras pinggang weh! Puas hati boleh berenang-berenang. Tengah seronok mandi, dua-dua belah kaki aku cramp! Nasib baik aku sempat berpaut kat batu. Masa tu rasa mcm nak terputus urat kaki. Kuku aku membiru babe! Time tu aku dah cuak sebab kena rentas lagi 6 batang sungai nak balik nanti. Bila dah okay sket, aku masuk semula dlm air. Time tu dah pukul 2.30. Paras air dah naik, kali ni dah sampai paras dada. 

Aku cepat-cepat suruh adik-adik aku naik dan pack barang. Kena gerak sekarang takut paras air makin tinggi, susah nak redah sungai nanti. 

Kami sampai di registration counter tadi dalam pukul 3. Lepas pukul 3 dorang dah tak bagi masuk. Takut nanti bila kau nak keluar, paras air makin tinggi, kau stranded dalam hutan tu macam kes baru-baru ni. Kami claim balik deposit lepas semua "sampah" yang kami bawak masuk tadi cukup. Huh.

So far memang best dan aku akan datang balik dengan member-member aku pulak! 


Comments

  1. Best Casinos to make money from the free time|️
    We break down the best and หารายได้เสริม worst real kadangpintar money online septcasino casinos based on customer ratings and reviews from the In addition to making a real money

    ReplyDelete
  2. Online Gambling Casino - Casino News in Turkey
    Online Gambling 한게임 포커 has many types of games, such 카드 게임 종류 as Slots, Roulette, Blackjack and 블랙 잭 만화 Video Poker. But the real money online 스포츠분석 casino games wall street bets

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TRIP TO KRABI VIA TRAIN