Posts

Bromo - Ijen, Percutian Atas Awan (Post Bergambar)

Image
Assalamualaikum, Eceh! Atas awan kau! Tapi betul weh, aku memang pi bercuti atas awan. Korang tak percaya kan? Tengok la atas tu, tengok la :P Kalau sesiapa tak tahu di mana letaknya Bromo ni, Gunung Bromo ni terletak di Surabaya. Misi percutian kami kali ni nak panjat gunung berapi di Indonesia. Giteww! Sedikit fakta pasal Gunung Bromo & Kawah Gunung Ijen ni.  Gunung Bromo berasal daripada bahasa Sanskrit/bahasa Jawa; Brahma, salah satu Dewa Utama Hindu. Merupakan gunung berapi yang masih aktif dan paling terkenal sebagai kawasan pelancongan di Jawa Timur. Bromo berketinggian 2,329 meter di atas permukaan laut dalam empat wilayah iaitu Kabupaten Probolinggo, Pasuruan, Lumajang dan Kabupaten Malang  - Sumber Wikipedia. Gunung Ijen merupakan sebuah gunung berapi aktif yang terletak di antara Kabupaten Banyuwangi dan Kabupaten Bondowoso, Jawa Timur, Indonesia. Gunung Ijen meletus kali terakhir pada tahun 1999. Salah satu fenomena alam yang paling terk...

Al-Fatihah, Radzuan Hashim Rahiman

Assalamualaikum, Al-Fatihah buat sahabat dan abang yang paling aku sayang. 16 Jan 2016, time tu aku tengah drive kereta, aku dapat mesej Whatsapp dari member aku. "Babe, betul ke Radz dah tade?" Bayangkan time tu aku tengah drive, terkejut bukan kepalang. Baru semalam Radz mesej aku. Time tu aku kat ofis. Dia forward mesej pasal kejadian bom di Jakarta. Aku balas 2 kali je, mesej terakhir dia aku dah tak balas sebab aku tengah sibuk buat keje. Bila sampai rumah, aku dah teringat beberapa kali nak mesej Radz, nak borak-borak sebab dah hujung minggu, nak cerita yang aku dah nak kahwin. Memang aku nak cerita kat Radz, tapi sampai sudah aku tak mesej. Tak mungkin. Baru semalam dia mesej aku. Cepat-cepat aku mesej adik ipar Radz. Zehan cakap ya, Radz dah meninggal dunia. Menggigil satu badan aku, tak terasa berpijak di lantai. Aku flashback balik saat2 aku kenal Radz, mesej2 dia, moment2 kami. Aku tak tahu nak menangis ke nak rasa apa at that moment. Aku settlekan semua ...

BEST KE SUNGAI CHILLING?

Image
Assalamualaikum. Sebenarnya aku malas nak share pasal Sungai Chilling ni. Dah berbulan-bulan aku pi sana baru sekarang aku nak review. Perlu ke review Sungai Chilling? Hm. Perlu kot.  Sungai Chilling ni terletak di Kuala Kubu Baru. So agak jauh jugak dari rumah aku. Kami gerak agak lewat jugak sebab time tu jugak baru nak terkial-kial cari kasut getah tu, last-last tak jumpa pun. So, pukul 10 baru kami gerak dari Subang. Dari Subang ke Sungai Chilling lebih kurang 1 jam lebih.  Sampai Sungai Chilling dalam pukul 11.15 macam tu. Kami memang plan nak meredah hutan dan sungai, so kami bawak backpack dan pakai kasut.  Entrance fee untuk masuk Sungai Chilling RM1/pax je. Nak ke entrance tu kena menapak jugak. Lepas dah bayar entrance fee, kami kena declare barang pulak sebelum start trekking. Nasib baik makanan yang kitorang bawak dah siap pack dalam tupperwear. Leceh jugak nak declare barang ni sebab kau kena kira satu persatu plastik, sudu...